Sunday, October 20, 2013

15 Rahsia Lelaki Harus Tahu Tentang Wanita

Wahai kaum Adam.. Jika anda menyanyangi seseorang yang bergelar Wanita... Anda harus la tahu serba sedikit tentang Mereka. Tanpa Wanita, Kehidupan seorang lelaki takkan lengkap dan sama juga dengan perempuan. Hidup ini Kita haruslah saling melengkapi antara satu sama lain.Baru la Hidup akan kekal Ke JANNAH

Sekali sekala tak salahkan jatuhkan ego untuk orang yang kita sayang sebab dia yang akan jaga anda, membahagiakan anda sampai bila2 :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna   
    dia sedang menangis di dalam hatinya.

       2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia  
           masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita
     yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

       4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di 
           fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

  5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

  6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima 
     pujian.
 
7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan 
    berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila dia dah buat     
    keputusan dia akan lakukan apa saja.

   8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya,  
             biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sorang kawan,  
             cubalah tegur dia perlahan-lahan.

  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah    
       mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni  
           langsung tak berguna.

 11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,      
        misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh 
        seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit 
        kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

 13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

 14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan.  
                       Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

 15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebabdia 
        memang tak berminat dengan anda.




  
Sources: http://www.sioloon.com/t6008-15-rahsia-wanita-yang-lelaki-harus-tahu

No comments:

Post a Comment