
Saya tau ramai 'gila' orang yang tak suka benda ni. Sampaikan ada orang yang buat page tak suka benda ni. Memang berjuta la orang LIKE.
Jadi, kali ni saya nak ajar sikit antara cara yang boleh anda gunakan untuk hilangkan photo viewer tersebut. Lihat tutorial dibawah....
Cara 1:
Klik refresh atau butang F5. Cara yang sungguh mudah. Takkan nak terangkan cara nak tekan butang F5 kot.Baiklah2, bagi mereka yang tak faham. Gerakkan jari anda dan mula gunakan mata untuk mencari butang F5 pada keyboard. Bila dah jumpa, halakan jari anda pada butang tersebut dan tekan dengan sedikit tekanan. (Menyampah pulak taip, tapi nak taip jugak)

Cara 2:
Buang &theater pada ruang address atau URL (lihat gambar kalau tak faham)
Setiap kali anda buka gambar di FB anda akan dapat lihat &theater pada address. Buangkan saja perkataan itu dan tekan Enter.

Cara 3:
Ini hanya untuk pengguna browser Google Chrome sahaja.
Install sahaja extension ini. OLD FB ALBUM atau FACEBOOK BLACK ALBUM REMOVER
Pilih salah satu je, jangan tamak. Fungsinya sama sahaja. Bila dah install, photo viewer anda akan kembali seperti biasa.


Cara 4:
Untuk pengguna browser Firefox sahaja.
Anda perlu Install add-on Greasemonkey. Kalau yang dah ada tu takpa la.
Kemudian install pula Userscript ini.FACEBOOK PHOTO THEATER KILLER


Selamat mencuba..
Diharapkan tutorial ini dapat membantu mereka yang 'tersangat la menyampah' dengan Photo viewer Facebook yang baru ni.
Sekian untuk hari ini.
No comments:
Post a Comment