Monday, August 9, 2010

Rumput dan Orang yang disayangi

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada
seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang
sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang
menyentuh mengenai kasih dan sayang secara
am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut
berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih
seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita
sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak
berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah,
sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je
ye …mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada
di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas
rumput di situ dan sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan
kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang
berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang
cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada
pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu
pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan
sambil memandang rumput yang berada di situ,
saya carilah rumput yang paling cantik. Memang
ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang
paling cantik maka saya pun terus berjalan ke
depan sambil mencari yang paling cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di
penghujung padang , saya tak jumpa pun yang
paling cantik. Mungkin ada di antara yang di
belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak
boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah
rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila
kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita
sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang
lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang
berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita
menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap
dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi
berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang
yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan
keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut
walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang
kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan
paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput
tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak
boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan
sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di
depan kita dengan tulus dan ikhlas.

No comments:

Post a Comment